Sekadar renungan ... buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari...." Jawabnya. Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!
". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..
" Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.
" Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?
Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
***meleleh air mata aku baca email ni. betapa bertuahnya aku tak melalui saat2 seperti cerita di atas. 'Betapa bersyukurnya aku dengan rezekimu ya Allah'
Monday, September 14, 2009

Bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kawan2 dan sesiapa sajelah yang membaca blog saya ni. Jika ada terkasar bahasa ke atau terkecil hati ke, minta maaf banyak-banyak ye. harap dimaafkan.
Dan bagi saya, segala kesalah atau kekecilan hati ini oleh rakan2 di luar sana, jangan risau ..semua tu telahpun dimaafkan. ceewahhh..eh betul tau ikhlas ni.
Di Aidilfitri ini bagi yang akan pulang ke kampung terchenta...berhati-hatilah di jalanraya.. memandu tu bebaik tau kalau ngantuk benti dulu amik bantal tidooo zzzzzz. dah segar baru continue the travel ok!!!!
Semoga semua bergembira di Aidilfitri dan bagi geng BSL moga dapat ketemu di hari raya nanti. Sekali lagi saya mengucapkan
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Sunday, September 13, 2009
raya!!!
Tinggal berapa hari jek nak raye kan...
anak2 dah tak saba2 nak beraya ni...
kelengkapan raya???erm ada le sesikit...nak buat grand2 pun bakponye kan, ala kadar je lah, lagi pun bonus raya takdok..kehkeh.. sib baik tak oder itu oder ini lelebih ..klu tak naye jek teman ... memasing ingat ada bonus...kihkih siannn
taun ni raya kat kl dulu pastu baru balik kg...
anak2 sibuk nak beraya kat kg dulu tapi tokleh le gitu..sian plak kat atuk nenek kat sini..hek
anak2 dah tak saba2 nak beraya ni...
kelengkapan raya???erm ada le sesikit...nak buat grand2 pun bakponye kan, ala kadar je lah, lagi pun bonus raya takdok..kehkeh.. sib baik tak oder itu oder ini lelebih ..klu tak naye jek teman ... memasing ingat ada bonus...kihkih siannn
taun ni raya kat kl dulu pastu baru balik kg...
anak2 sibuk nak beraya kat kg dulu tapi tokleh le gitu..sian plak kat atuk nenek kat sini..hek
Subscribe to:
Comments (Atom)