Monday, June 23, 2014

Set Kulit Untuk Cantik Di Aidilfitri

Assalammualaikum...


Tadi kita bercakap pasal set untuk bulan puasa kannn...sekarang ni mari kita study pulak set untuk jadi cantik. Nak tak?  nak kann..so jommmmm.

Shaklee ni, memang jenama yang tengah meletup.  Sebab apa? sebab produk ni sangat berkesan, selamat, mesra alam, halal dan berpatutan.  Walaupun ramai orang kata Shaklee ni mahal, tapi hakikatnya tak punnn. Kalau mahal, saya pun tak mampu nak beli. Kalau tak percaya kira... nanti bagitahu jatuh mahal ke murah ye.


lagipun korang mampu je nak beli handbag mahal-mahal, ribu-ribu lagi, baju mahal-mahal.. takkan nak spen duit untuk kesihatan dan kecantikan sendiri pun fikir berkali-kalikan.Bagi saya memiliki kesihatan dan kecantikan adalah lebih baik dari memiliki handbag dan baju bajan yang cantik dan mahal.  Tapi kalau mampu memiliki kedua-duanya lagi bagus.


Ok. Lets talk about set kulit dari shaklee ni. Set kulit ni memang top Sebab semua perempuan semestinya mahukan kulit yang cantik dan sihat. Tanyalah mana-mana perempuan pun..pasti jawapannya nak kulit cantik, Bila kulit cantik secara automatiknya perempuan tu akan jadi cantik..betul tak Bukan setakat cantik je, tapi yang paling penting sihat.

Set kulit Shaklee ini, saya berikan kepada 3 kategori iaitu :-


1.  Set Kulit Budget
     -  Sustained Released Vita C Plus  
     -  Vitamin E Complex

2.  Set Kulit Premium

     -  Sustained Released Vita C Plus dan 
     -  Vitamin E Complex
     -  ESP
     -  B-Complex  

3.  Set Kulit Super Premium

     -  Sustained Released Vita C Plus dan 
     -  Vitamin E Complex
     -  ESP
     -  B-Complex  
     -  Vivix
     -  Collagen Powder

Jom kita tengok apa fungsi setiap produk kecantikan ni :-


Sustained Released Vita C Plus

  • Membentuk kolagen.  Merangsang pembentukan kolagen.  
  • Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu menghalang kedut dan menhalang otot menjadi lembik
  • Mencantikkan kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah,melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat

Vitamin E Complex
  • Memperbaiki parut.  
  • Anti penuaan.  1 kapsul Vit E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha

ESP @ Energizing Soy protein
  • Soy protein ni, bukan macam soya biasa-biasa yang kita beli di kedai tu ya. Ini soya yang telah menjalani ujian klinikal yang sangat efektif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi.  Soya Shaklee ini telah ditapis dan Non-GMO (non-Genetically Modified Organism)
  • Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh.

Manfaat ESP untuk kulit :-
  • Awet muda, membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang konsisten adalah kunci kepada awet muda.
  • Membaiki Pigmentasi, membaiki masalah rambut seperti gugur dan beruban.
  • Kulit remaja. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agent anti penuaan, mengurangkan kesan parut dan mencerahkan kulit.

Vivix
  • Anti penuaan terbaik di dunia

Collagen Powder
  • Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan luar.





Berminat Sila Hubungi :

Zaiton Ghazali (SID # 1025802)

msg/whatsapp: 0133017188
facebook : Zaiton Ghazali
Page : Vitamin Sihat Cantik RiangCemara

Mighty 3 Gems untuk kekal bertenaga di bulan Puasa

Assalamualaikum....

Ini adalah entry pertama saya mengenai produk shaklee. Memandangkan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menjalani ibadah puasa, jadi saya sangat menyarankan anda mengambil set MIGHTY 3 GEMS. 

Mighty 3 Gems, terdiri dari 3 produk shaklee iaitu:-

-  ESP @ Energizing Soy Protein
-  Performance Drink
-  Mealshakes

Ketiga-tiga produk ini berfungsi untuk :-

  • Meningkatkan daya tahan badan - 
    1. Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat,dan menggantikan air yang hilang.
  • Membekalkan Tenaga dan daya ketahanan fizikal
  • Mencegah penyahhidratan 
    1. Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit  dan kelihatan muda
  • Mengekalkan paras gula
  • Nutrisi lengkap untuk semua golongan yang berumur 2 tahun ke atas
  • Membekalkan tenaga.
  • Membantu mengurangkan masalah gastrik
  • Membantu mengurangkan rasa letih
  • Membantu mengurangkan rasa lapar

Satu hidangan yang sangat lazat dan sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang menjalani ibadah puasa. Jika anda berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems, satu kelebihan untuk anda kerana ianya memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah Magrib, isyak serta bertarawih dan bertadarus.

Set ini juga boleh diambil pada bila-bila masa selain dari bulan Ramadhan, set ini sesuai diamalkan untuk menggantikan sarapan pagi.

Bagi ibu-ibu mengandung dan menyusukan juga boleh mengambil set Mighty 3 Gems ini bagi memastikan pengeluaran susu tidak terjejas dan memastikan kekal bertenaga menjalani ibadah puasa.

Set ini sesuai untuk seisi keluarga dan jimat. Satu set ini boleh cover satu family...anak-anak pun boleh minum, bapa boleh, ibu-ibu boleh dan atok serta nenek pun boleh ikut serta...jimat kan tu?

So apa tunggu lagi..dapat set anda dengan segera.....




Berminat, Sila Hubungi

Zaiton Ghazali (SID # 1025802)
msg/whatsapp: 0133017188
facebook : Zaiton Ghazali
Page : Vitamin Sihat Cantik RinagCemara
                                 

Saturday, June 21, 2014

Sukan My Lee Min Ho ....

Assalammualaikum

Pagi tadi pergi sekolah tengok anak bongsu beraksi untuk sukan sekolah dia. Dari pagi sampai habis acara.  Selama ni tak pernah layan sampai akhir tapi kali ni memang pecah rekod.  Dah si Apan ni taknak balik camne? layan kan ajelah..walau badan dah rasa macam kena salai panas.

Tapi aturcara sekolah sekarang ni memang best. pandai cikgu-cikgu la ni..creative. Tak sempat nak ambil gambar maskot2 yang comel tadi. yang ada maskot Lee Min Ho aje..


Tak tahulah apa yang terjadi...



jadi baby sitter Apal jap



Tengah beraksi ...  berbaloi gak tonggeng2 tolak bola tu ..dapat tempat pertama

Farewell Nenek saya ....

Assalammualaikum

Semangat apakah melanda ni? semangat betul tulis entry ...hahah..takpe takpe kita marathon malam ni deh.

Ini pun entry tergendala gak.. farewell nenek shaklee saya. Adni.  Last day dia hari tu pada 30hb May.  Sekarang sangat happy dengan dunia baru dia.  Semoga terus suksess beb!!  Inshaallah...saya follow rapat-rapat k!

Bersama mak dan nenek Shaklee saya




Happy kan department beta?  auummmm..
hahaha ..tetiba plak teringat 'Sultan Melaka'.  Korang kenal ke?
Kalau tak kenal takpe laaahhhh



Mak Dara dan Anak Dara BSRA ... comel2 belake.. aummmm.. hahaha



Saya terjebak dengan SHAKLEE pulop dohh!!

Asalammualaikum

Bila diingatkan memang saya rasa geram.  Ini angkara Adni Harlina Adnan lahh...geram sangat-sangat sebab dia lambat ajak saya masuk Shaklee.  Dan saya lambat tersedar bahawa sesungguhnya melibatkan diri dalam Shaklee ini sangat indah, sangat berbaloi, sangat dan sangat yang lain lagilah..saya je yang tahu.

Nak tahu macamana saya boleh terjebak? haa tunggu later entry eh..

Fun-Fun with beloved family

Assalammualaikum

Entry ini sebenarnya entry tergendala. Cerita dah lama tapi baru sekarang ada masa nak update.

Cuti sekolah baru-baru ini saya dan suami membawa anak-anak pergi bercuti.  Dekat-dekat aje pun.  Takpelah asalkan tempat tu ada swimming pool dan ada pantai.  Itu dah cukup untuk anak-anak saya.  Yang paling penting diorang happy!!

Selalu kami pergi sekeluarga aje tapi kali ni atas permintaan anak-anak, kami pergi dengan family pakcik diaorang.. pergi ramai-ramaii lagi seronok...



Dinner yang kecoh!!



Apan dan Maira




Ma dan Abah ...monitor anak cucu mandi.. haha



All the time kecoh ini group



Wednesday, June 18, 2014

My new entry after hampir 5 tahun



Assalammualaikum dan dimulai dengan Bismillahirrahmannirrahim...

Sebenarnyakan...banyak entry2 lama yang saya telah delete. Sebab rasa macam tak maturednya saya dengan entry2tu.  Saya rasa macam tak sesuai. Ye lah berapa tahun yang lepaskan.. muda lagi masa tu.

Sekarang saya rasa diri saya lebih matang dan lebih sesuai nak ber entry dengan benda2 yang ilmiah sikit, benda2 yang sopan sopan gitewww..hahaha

Sebenarnya blog ni dibuat asalnya nak berhuru hara dengan kawan2 sekolah. Memang huru hara sekejaplah tapi disebabkan sibuk dengan kerja dan my private life so takde maknanyalah nak update entry2 baru.

But well...now i m back!!!  So lets see how my performance.  But Inshaallah akan ada entry2 yang fresh and superb?  ahhhhhh bolehlahh....

Sebabkan now dah pukul 12.05 pagi, saya stop lah dulu. nanti sambung dengan entry2 terbaru hockay!!

Bye Assalammualaikum. Nite2